1. Mendengar dan mengikut segala perkataan ibu bapa. Usah melawan kerana lazimnya perkataan ibu bapa adalah terbaik.
2. Bersama-sama berdiri sebagai tanda hormat. Usah duduk dengan senang senang sedangkan ibu bapa berdiri ketika berbual.
3. Menyahut dengan segera bila dipanggil. Usah membiarkan pangilan ibu bapa tidak berjawab atau berulang ulang.
4. Meminta izin ketika mahu ke mana-mana. Usah keluar rumah atau ke mana-mana tanpa pengetahuan ibu bapa.
5. Bersalam tangan ketika pergi belajar atau berpisah.
6. Bercakap hanya sekadar suara yang boleh di dengar.
7. Senyum ketika berhadapan dengan ibu bapa. Usah memucung bibir dan bermasam muka.
No comments:
Post a Comment